Monthly Archives: October 2010

Dakwah itu Cinta

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Dakwah itu cinta dan tidak ada dakwah tanpa cinta. Dakwah bukanlah suatu yang boleh dilakonkan tetapi ia :

  1. Lahir dari perasaan yang membentuk kesedaran.
  2. Dipandu oleh kefahaman.

Dakwah itu adalah nafas kehidupan manakala Tarbiyah pula adalah sendi perjuangannya.

Dakwah adalah cinta dan memang seperti itulah hakikat dakwah.

Cinta akan meminta semuanya dari diri kita bermula dari :

  1. Fikiran kita.
  2. Perhatian kita.
  3. Berjalan kita.
  4. Duduk kita.
  5. Tidur kita.

Bahkan di tengah-tengah kelelapan kita dalam tidur, isi mimpi kita pun tentang dakwah dan tentang umat yang kita cintai. Continue reading

Pelajaran di Jalan Dakwah

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Bagi saudara-saudara kita di jalan dakwah, marilah kita mengambil pelajaran dari catatan kecil dari perjalanan panjang kita agar kita lebih merasakan kesyukuran dan ketundukan kepada Allah swt di atas kurniaanNya kepada kita yang berada dalam kebersamaan ini.

Berbahagialah dan berbanggalah kerana Allah telah memilih kita berada di jalan ini. Allah swt telah memberi keistimewaan kepada kita ketika kita menerima nikmat hidup berjamaah dan ini adalah kurniaan yang terbaik yang kita terima setelah kurniaan keimanan kepada Allah swt.

Kurniaan yang kita perolehi bukan kerana nasab, status, harta mahupun ilmu tetapi ia adalah semata-mata kurniaan dari Allah swt Yang Maha Pemurah, yang menuntun langkah kita hingga sampai :

  1. Di sini.
  2. Di jalan ini.
  3. Pada saat ini.

Allah swt berfirman :

“ Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya.” (QS Ali Imran : 103) Continue reading

Tabiat Jalan Dakwah

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Mari duduk bersama kami sesaat untuk memperbaharui iman. (“Ijlis binaa nu’min saa’ah”)

Itulah ungkapan Ibnu Mas’ud ra, seorang sahabat Rasulullah saw bahwa usaha untuk menguatkan maknawiyah dengan terus menjaga dan memperbaharui iman mesti terus dilakukan.

Dalam menjalani hidup ini, kita sering merasakan beratnya bebanan kehidupan seolah-olahnya terasa dunia itu begitu kejam kepada kita atau kadang-kadang terasa seperti kitalah manusia yang paling malang di dunia ini.

Namun ketika kita mendengar cerita-cerita dari orang lain di sekitar kita yang menghadapi masalah yang lebih berat tetapi mereka sabar, kita seperti dikuatkan dengan cerita mereka itu apalagi cerita tentang utusan-utusan Allah swt.

Allah swt berfirman :
“Sungguh pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Qur’an itu bukan cerita yang dibuat-buat tetapi membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya, menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang beriman“ (QS Yusuf : 111)

Tabiat jalan dakwah adalah perjuangan. Suka dan duka, ibarat dua sisi mata wang yang tidak pernah dapat dipisahkan. Continue reading

Selamat menunaikan haji

IKRAM Kemaman mengucapkan selamat menunaikan haji kepada jemaah haji Malaysia. Semoga mendapat haji yang mabrur.