Category Archives: Rehlah

Rehlah B.M.W IKRAMTeens di Pantai Teluk Mok Nik

8 Feb, Sabtu : Pagi ini berlangsung program rehlah B.M.W ( be a Muslim Warrior) anjuram IKRAMTeens Kemaman bertempat di Pantai Teluk Mok Nik.

Peserta adalah remaja berumur 12-17 tahun dari sekolah sekitar Kemaman antaranya dari SMK Banggol, SMK Geliga, SMK Sultan Ismail, SMK Chukai, SMI Al Falah dan SMI Al Amin Kemaman seramai hampir 50 orang kesemuanya.

Program rehlah ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara ahli IKRAMTeens dan berkenalan dengan ahli dari sekolah yang berbeza.

image

image

image

IKRAMedia Kemaman

IKRAMTeens Kemaman : Rehlah BMW! 8 Februari ini

image

Program BMW – Be a Muslim Warrior

Anjuran : IKRAMTeens Kemaman

Program terdekat untuk remaja sekitar Kemaman.
Hubungi segera untuk mendaftar. Tiada yuran dikenakan!

Jangan lupa 8 Februari ini!

IKRAMedia Kemaman

Rehlah keluarga IKRAM Kemaman eratkan ukhuwah

Bertempat di pantai Teluk Kalong Kemaman, IKRAM Kemaman menganjurkan Rehlah Keluarga IKRAM Kemaman 2011. Program diadakan bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan sesama warga IKRAM Kemaman dari Chukai hinggalah ke Kerteh.

Dengan kehadiran lebih kurang 30 keluarga dan juga anak anak remaja dari SMI Al Amin Kemaman dan SMK Sultan Ismail, kemeriahan dan semangat ukhuwah amat dirasakan. Program santai sambil berehat ini juga turut diselangi dengan pelbagai aktiviti aktiviti untuk semua peringkat umur.

Dalam ucapan perasmian oleh YDP IKRAM Kemaman, Hj Zameran Jusoh berkata “hari ini kita semua berkumpul untuk kita memelihara ukhuwah kita, dan dalam rehlah kali ini, barulah kita perasan bahawa anak anak kita sudah membesar dan rupa rupanya kita semakin hari semakin berumur” Continue reading