Category Archives: Pemuda IKRAM Kemaman

Qiamulail bulanan Ahli IKRAM Kemaman untuk bulan Mac

Assalamualaikum warahmatullah,

Qiamulail bulanan ahli IKRAM Kemaman diteruskan bulan ini seperti bulan sebelumnya. Untuk bulan Mac, ia akan diadakan pada 13 Mac 2014.

Lokasi qiamulail akan diadakan di dua lokasi iaitu di SMI Al Amin Kemaman dan SRI Al Amin Kerteh.

Semua ahli yang berkenaan di minta berkumpul di mana mana lokasi diatas malam ini bermula jam 8.30 malam. Program akan dimulakan dengan solat Isya’ berjamaah. Program akan tamat pada pagi Jumaat jam 7.30 pagi.

Qiamulail adalah satu ibadah sunat yang sangat dituntut untuk diamalkan. Bertujuan mendekatkan lagi keimanan kita kepada Allah dan menginsafi setiap kelemahan diri dan kehambaan kita kepadaNya

IKRAMedia Kemaman

IKRAMTeens Kemaman : Rehlah BMW! 8 Februari ini

image

Program BMW – Be a Muslim Warrior

Anjuran : IKRAMTeens Kemaman

Program terdekat untuk remaja sekitar Kemaman.
Hubungi segera untuk mendaftar. Tiada yuran dikenakan!

Jangan lupa 8 Februari ini!

IKRAMedia Kemaman

PSR 2013 : Penyerahan tabung PSR kepada PPD dan TATIUC

Assalamualaikum warahmatullah,

14 Julai 2013, dua wakil PSR IKRAM Kemaman telah menyerahkan tabung kutipan sumbangan PSR :

1. Untuk Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman. Tabung diserahkan oleh Pengarah Program PSR2013, Hj Fakhrul Anuar Zulkawi kepada Pengarah PPD Kemaman, Tuan Hj Sulaiman di pejabat PPD

IMG-20130714-WA0008

2. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa IKRAM Kemaman, saudara Mohd Sufian menyerahkan tabung PSR kepada Pegawai HEPA TATIUC, Ustaz Wafee di pejabat beliau

20130714_161949

Terima kasih diucapkan kepada PPD Kemaman dan TATIUC atas kerjasama yang diberikan.

PSR 2013 : Masjid Titian Berayun lokasi kedua

Alhamdulillah, pasukan PSR 2013 meneruskan jelajah mereka untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Lokasi kedua PSR kali ini ialah di Masjid Kg Titian Berayun di Kijal yang berlangsung pada 13 Julai 2013 bersamaan 4 Ramadan 1434H.

Seramai 49 warga emas dan warga miskin serta 25 anak yatim telah disenaraikan menerima sumbangan berupa barang keperluan harian dan wang tunai. Sumbangan disampaikan oleh TYDP IKRAM Kemaman, Ustaz Muzahar Hitam. Ustaz Muzahar juga turut menyampaikan tazkirah ramadan sebelum sumbangan disampaikan.

Penyediaan juadah berbuka puasa turut dibantu oleh mahasiswa dari TATIUC dan KKTM yang menyertai program Siswa Masuk Kampung untuk PSR 2013.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada warga Kg Titian Berayun yang sudi menerima kami beramal bakti di kampung Titian Berayun.

IMG-20130713-WA0020 copy

Lagi gambar, sila klik sini

PSR REMAJA : REMAJA RAIKAN RAMADAN SERENTAK DI DUA BUAH MASJID DI KEMAMAN PADA 3-4 OGOS 2012

Alhamdulillah antara program PSR 2012 ialah Remaja Raikan Ramadan (3R) dan sebanyak tiga buah masjid/surau di daerah Kemaman menjadi lokasi program 3R kali ini. Terbaru ialah di Masjid Felda Kerteh 5 di Ketengah Jaya yang melibatkan sekitar 50 orang remaja berumur 13-19 tahun dan juga di Masjid Sultan Ahmad dekat Bandar Chukai yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di bandar ini. Kedua-dua program ini berjalan serentak dan dikendalikan dibawah Jawatankuasa Pembangunan Remaja IKRAM Kemaman di bawah Cikgu Hj Norfizam Said.

Program 3R di Felda Kerteh 5 kali ini istimewa kerana inilah kali pertama program sebegini dilaksanakan IKRAM di kawasan felda di daerah ini. Terdapat tiga buah sekolah menengah di Ketengah Jaya iaitu SMK Rasau, SMK Semarak B5 dan SMK Tetra Jaya. Terdapat juga ahli-ahli IKRAM yang bertugas sebagai guru di sekolah-sekolah ini yang membantu merapatkan lagi hubungan pihak sekolah dengan IKRAM.

Continue reading

Promosi 3R : Remaja Raikan Ramadhan di Masjid Sultan Ahmad, Chukai pada 3-4 Ogos ini

Ayuh remaja sekitar Chukai, JOM Daftar !

Promosi : Remaja Raikan Ramadhan di Masjid Felda Kerteh 5 pada 3-4 Ogos ini

Ayuh, remaja sekitar Felda Kerteh 5!

Mari daftar beramai ramai!

IKRAM Kemaman di Masjid Batu Putih

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah pada 16 Mac 2012, seusai solat maghrib telah berlangsung ceramah Palestin yang disampaikan oleh YDP IKRAM Kemaman, Hj Zameran Jusoh. Program ini dianjurkan oleh JK Masjid dengan kerjasama Aqsa Syarif dan IKRAM Kemaman.

Hj Zameran yang juga ketua sekretariat Aqsa Syarif Kemaman dalam penerangannya berkata, Isu Palestin ini bukan isu kemanusiaan semata-mata, sebagai umat Islam yang sayangkan Islam, Isu Palestin perlulah diberi perhatian yang lebih apatah lagi Masjid Al Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam dan kini Masjid Al Aqsa kini berada dalam kawalan Yahudi Zionis. Continue reading

Ahli IKRAM Kemaman akan ke Gaza 20 Ogos ini

Assalamualaikum warahmatullah,

Saudara Muhammad Mus’ab bin Muzahar telah dipilih oleh Aqsa Syarif untuk menyertai rombongan konvoi Aqsa 2 Gaza 2 – Ramadhan Di Palestin Bersama Aqsa Syarif yang akan membawa sumbangan untuk penduduk di Gaza.

Mus’ab merupakan ahli IKRAM Kemaman yang aktif menyumbang dalam dakwah remaja dan sekolah di sekitar Dungun dan Kemaman sejak tahun 2007. Kini beliau menuntut di UNIMAS, Sarawak dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kajian Antarabangsa). Mus’ab juga merupakan YDP Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS 2011-2012.

Continue reading

KBM di SMK Sultan Ismail untuk pelajar pra-universiti

Assalamualaikum warahmatullah,

Pada 22-23 Julai baru baru ini, Pemuda IKRAM Kemaman dibawah unit Remajanya, iaitu IKRAMTeens telah mengendalikan program Keindahan Bersama Mu (KBM) di SMK Sultan Ismail, Kemaman.

Peserta KBM kali ini seramai 63 orang adalah pelajar pra-universiti yang akan mengambil peperiksaan STPM pada hujung tahun ini.

Program ini diusahakan oleh bekas ketua pelajar SMKSI tahun 2009 iaitu saudara Mus’ab Muzahar yang juga salah seorang jurulatih utama dalam team KBM Terengganu. Continue reading