Monthly Archives: June 2013

IKRAMTeens – Program KBM di SMK Felda Cherul

Program Keindahan Bersama Mu (KBM) telah berjaya dilaksanakan di SMK Felda Cherul pada 12-14 Jun baru baru ini.

Program motivasi berteraskan kasih sayang ini dihadiri seramai 77 orang pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 sekolah berkenaan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua, Puan Nor Aizan bt Endut yang menjemput kami menyantuni anak anak remaja SMK Felda Cherul.

Nantikan program seterusnya dari IKRAMTeens untuk remaja sekitar Kemaman menjelang Ramadan ini.

Mesyuarat Agung Daerah(MAD) IKRAM Kemaman 2013

mad ikram kemaman 13

 

Mesyuarat Agung Daerah (MAD) Ikram Kemaman telah berlangsung dengan jayanya di Dewan SMI Al Amin Kemaman pada 14 Jun baru baru ini.

Mesyuarat tahunan ini bermula pada jam 3.00 petang dan tamat sekitar jam 5.30 petang. Mesyuarat membentangkan aktiviti tahunan serta muhasabah pergerakan jawatankuasa daerah oleh ahli.

Mesyuarat juga telah memilih seramai 14 orang ahli IKRAM Kemaman ke Majlis Perwakilan Negeri (MPN) IKRAM Terengganu yang dijadualkan pada 29 Jun 2013.

Semoga ahli jawatankuasa dapat menjalankan amanah yang telah dipertangunggjawabkan dengan sebaik mungkin.