Category Archives: Palestin

Imam Muda Gaza di Kemaman bermula hari ini

Imam Muda Gaza yang dibawakan khas oleh Aqsa Syarif akan berada di Kemaman bermula hari ini sehingga esok.

Edaran tabung untuk Palestin akan diadakan beserta booth Aqsa Syarif di Masjid yang terpilih. Jom kita hadir beramai ramai!

 

Video Pelancaran PSR IKRAM Kemaman 2013

Program Semarak Ramadan IKRAM Kemaman 2013 dilancarkan

Sempena Ramadan 1434H, IKRAM Kemaman telah melancarkan Projek Semarak Ramadhan (PSR) Peringkat Daerah Kemaman. Ini adalah tahun kedua projek ini dilaksanakan dan telah dilancarkan oleh Kadhi Daerah Kemaman, Ust Hj Zulkifli bin Othman di Masjid Sultan Ahmad, Chukai pada 24 Syaaban 1434H (3 Julai 2013) yang lalu.

IMG_3789

Ucapan Perasmian oleh Pegawai Agama Daerah Kemaman, Ust Zulkifle Othman

IMG_3791

Pegawai Agama Darah turut melancarkan Tabung PSR 2013

IMG_3763

 

Sasaran sumbangan pada tahun ini ialah sebanyak RM100,000.00 sahaja memandangkan pada tahun lepas PSR2012 berjaya mendapatkan RM70,000 sumbangan terkumpul, melebihi target RM50,000 yang telah ditetapkan

Antara program yang akan dilaksanakan ialah :

A. Majlis Berbuka Puasa Dengan Masyarakat Luar Bandar, Tazkirah Ramadhan & Sumbangan Kepada Fakir Miskin, Anak Yatim & Ibu Tunggal di dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah serta Jawatankuasa Masjid di :-
1. 3 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Titian Berayung di DUN Kijal
2. 4 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Dadong di DUN Air Putih
3. 8 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Bukit Anak Dara di DUN Kijal
4. 9 Ramadhan 1434H – Masjid Cheneh Baharu di DUN Air Putih
5. 10 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Bukit Mentok di DUN Chukai
6. 17 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Lubuk Lesung di DUN Kijal
7. 17 Ramadhan 1434H – Masjid Felda Kerteh 5 di DUN Kemasik
8. 18 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Chabang di DUN Kemasik
9. 19 Ramadhan 1434H – Surau Perkampungan Orang Asli Sg Pergam di DUN Air Putih
10. 24 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Bukit Pahang Estate di DUN Kemasik
B. Program Remaja Raikan Ramadhan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Masjid dan JKKK serta sekolah2 menengah di :-
 1. 10-11 Ramadhan 1434H – Masjid Felda Cerul di DUN Air Putih
2. 10-11 Ramadhan 1434H – Surau Rantau Petronas di DUN Kemasik
3. 17-18 Ramadhan 1434H – Masjid Felda Kerteh 5 di DUN Kemasik
4. 17-18 Ramadhan 1434H – Masjid Geliga di DUN Chukai
C. Program Berbuka Puasa Bersama Warga Ibu Tunggal DUN Kemasik bersama Wanita IKRAM :-
1. 16 Ramadhan 1434H – Surau Kg Telaga Papan di DUN Kemasik
D. Program Mengecat dan Membersih Masjid, Kawasan Perkuburan & Rumah  :-
1. 17 Ramadhan 1434H – Perkampungan Lubuk Lusung (rumah-rumah kampung terpilih) di DUN Kijal
2. 17 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Paya Berenjut di DUN Chukai
3. 18 Ramadhan 1434H – Kawasan Perkuburan Kg Meraga Beris di DUN Kijal
E. Program Berbuka Puasa & Qiamullail di institusi pengajian tinggi (IPT)  :-
1. 22 Ramadhan 1434H – 500 orang pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kg Mak Lagam di DUN Chukai
2. Kolej Universiti TATI di DUN Kijal  – tarikh belum disahkan
F. Program IKTIKAF Perdana serta BERSAHUR di dua buah masjid pada malam 20-27 Ramadhan di :-
1.  Masjid Kg Paya Berenjut di DUN Air Putih
2.  Masjid Kg Meraga Beris di DUN Kijal
G. Program Terawih & Tazkirah Bersama Imam Muda Gaza dengan kerjasama Aqsa Syarif Berhad di :-
1. 8 Ramadhan 1434H – Masjid Sultan Ahmad di DUN Chukai
2. 8 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Pengkalan Pandan di Dun Chukai
3. 9 Ramadhan 1434H – Surau Rantau Petronas di DUN Kemasik
4. 9 Ramadhan 1434H – Masjid Tengku Mizan Kerteh di DUN Kemasik
Sumbangan boleh dibuat dengan cara berikut :
1- Memberikan sumbangan terus ke dalam tabung Projek Semarak Ramadhan ini ke akaun BIMB IKRAM Kemaman : 13026010047609 (Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Kemaman)
2- Mengajak rakan-rakan sepejabat, kejiranan dan saudara mara untuk sama-sama membantu menerusi sms atau whatsapp ataupun fliers yang bakal diedarkan. Contoh sms yang boleh dihantar ialah :
“Salam. Moga Ramadhan kali ini melipatkaliganda amalan kita. IKRAM Negeri & Kemaman menganjurkan Projek Semarak Ramadhan – berbuka puasa dgn masykt  luar bandar n sumbangan kpd anak yatim & miskin d 10 qariah masjid & 4 prog Remaja Raikan Ramadhan (3R). Mhn sokongan dan sumbangan ke BIMB IKRAM Kemaman13026010047609. Sila sms kpd Bendahari Hj Norfizam 019-9642812 setelah menyumbang. Terima kasih & sebar2kan.”
3- Membuat kempen kutipan sumbangan di pejabat-pejabat kerajaan, swasta dan sekolah-sekolah masing-masing. Surat daripada Pejabat Agama Daerah Kemaman akan dikeluarkan bersama Tabung PSR 2013.
4- Mengajak para dermawan di kalangan ahli perniagaan dan usahawan untuk bersama menyumbang
Jom bersama kita semarakkan Ramadan kali ini dengan pelbagai amal kebajikan!

Pengalaman YDP IKRAM Terengganu di Gaza

Assalamualaikum warahmatullah,

Boleh ikuti siri pengalaman YDP IKRAM Terengganu, Ust Lokman Awang di Gaza baru baru ini di link berikut :

http://lokmanawang.wordpress.com

Kesedaran isu Palestin menerjah ke Felda Kerteh 5

Assalamualaikum Warahmatullah,

JOM semua warga Felda Kerteh 5 dan yang berhampiran hadir ramai ramai!

Program ini anjuran Pejabat Pengurusan Felda Kerteh 5, Masjid Kerteh 5 dengan kerjasama NGO Aqsa Syarif dan IKRAM Kemaman.

 

IKRAM Kemaman di Masjid Batu Putih

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah pada 16 Mac 2012, seusai solat maghrib telah berlangsung ceramah Palestin yang disampaikan oleh YDP IKRAM Kemaman, Hj Zameran Jusoh. Program ini dianjurkan oleh JK Masjid dengan kerjasama Aqsa Syarif dan IKRAM Kemaman.

Hj Zameran yang juga ketua sekretariat Aqsa Syarif Kemaman dalam penerangannya berkata, Isu Palestin ini bukan isu kemanusiaan semata-mata, sebagai umat Islam yang sayangkan Islam, Isu Palestin perlulah diberi perhatian yang lebih apatah lagi Masjid Al Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam dan kini Masjid Al Aqsa kini berada dalam kawalan Yahudi Zionis. Continue reading

ISU TERKINI PALESTIN!

Assalamualaikum,

Orang ramai dijemput hadir ke ceramah isu terkini Palestin  seperti berikut :

Tarikh : 16 Mac 2012 (Jumaat)

Tempat : Masjid Batu Putih, Kerteh

Masa : Lepas Solat Jumaat

Datanglah beramai ramai! Mari kita dengarkan maklumat terkini dari Palestin dan ketahui cara untuk kita membantu mereka!

Klik : FB IKRAM Terengganu

Selamatkan Palestin! Apa Peranan Kita ?

Sumbangan dari Masjid Geliga untuk misi Aqsa2Gaza2

Assalamualaikum warahmatullah,

Pada Jumaat 12 Ogos baru baru ini, Pengerusi Penerangan IKRAM Kemaman sempat bersama dengan saudara Muhammad Mus’ab di Masjid Geliga dalam siri jelajah ceramah mendapatkan dana bagi misi kemanusiaan Aqsa Syarif ; Aqsa2Gaza2, Ramadan di Palestin.

Sesi penerangan yang diadakan sejurus selepas solat Jumaat itu menerangkan tentang projek projek yang dijalankan oleh Aqsa Syarif di Gaza dan bentuk bantuan yang boleh diberikan oleh rakyat Malaysia.

Sejurus selepas itu, pihak masjid mengumumkan bahawa kutipan tabung bergerak untuk solat Jumaat disumbangkan untuk projek Ramadan di Palestin ini. Sejumlah RM3308 telah disumbangkan. Terima kasih kepada jemaah Masjid Geliga. Hanya Allah yang akan membalasnya dengan rezeki yang berlipat ganda.

Dilaporkan oleh

Mohd Sufian Mat Ali

Pengerusi Jk Penerangan IKRAM Kemaman