Monthly Archives: February 2014

Mukhayyam Dakhili Sri Al Amin Kerteh 2014

Assalamualaikum,

Jumaat, 21 Februari : Perkhemahan TKRS MUSLEH Mukhayyam Dakhili berlangsung di SRI Al Amin Kerteh melibatkan 150 kadet tahun 4-6 pada 20-21 Februari 2014. Pesertanya seramai 71 lelaki dan 79 perempuan. Tahniah SRIAA Kerteh! SRI Al Amin Kerteh komited untuk membina generasi soleh wa musleh.

image

image

image

image

IKRAMedia Kemaman

Notis Mesyuarat Agung Daerah (MAD) IKRAM Kemaman 2014

Rujukan Kami    : IKRAMKMM/SU/Feb14/(001)

Tarikh               : 15 Rabi’ul Akhir 1435H / 15 Feb 2014

Tuan/Puan,

………………………

Ahli IKRAM yang dirahmati Allah.

Assalamualaikum wbt.

NOTIS MESYUARAT AGUNG  DAERAH (MAD), IKRAM KEMAMAN

 

Undang-Undang Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Fasal 32 Mesyuarat Agung Daerah adalah dirujuk.

2.            Sehubungan itu MAD akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh   :           8 Mac 2014 bersamaan 6 Jamadil Awwal 1435 H

Hari      :           Sabtu

Masa    :           9.00 pagi – 12:00 tengahari

Tempat :           SMI Al-Amin Chukai

AGENDA:

  • Pengerusi mengambil tempat
  • Ucapan Aluan Pengerusi
  • Bacaan Al-Qur’an
  • Pengiraan Korum
  • Ucapan Yang Dipertua Daerah
  • Ucapan Perasmian Wakil Jawatankuasa IKRAM Negeri Terengganu
  • Pembentangan dan Perbahasan Penyata Tahunan
  • Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan
  • Perletakan Jawatan JK IKRAM Kemaman Sesi 2012/14
  • Pemilihan Jawatan JK IKRAM Kemaman Sesi 2014/16
  • Pemilihan Perwakilan IKRAM Kemaman ke Majlis Perwakilan Negeri
  • Pencalonan JK IKRAM Terengganu Sesi 2014/16
  • Pembentangan dan Perbahasan Usul
  • Ucapan Penangguhan YDP IKRAM Kemaman
  • Penutup : Doa Kifarah dan bersurai.

3.         Usul-usul untuk MAD sekiranya ada hendaklah seperti ketetapan berikut:

a. Usul untuk perbincangan persidangan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha Daerah selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum tarikh persidangan.

b. Sebarang usul yang diterima selepas tarikh tutup pengemukaan usul tidak akan dilayan.

c. Usul tergempar adalah usul yang dikemukakan terus kepada persidangan dan bolehlah dibentangkan jika;

i. diluluskan oleh Pengerusi Persidangan, atau

ii. mendapat sokongan lebih separuh jumlah ahli yang berhak hadir

d. Nama pencadang dan penyokong usul hendaklah disertakan bagi semua usul.

4.         Semoga semua ahli IKRAM mengambil maklum tentang perkara ini dan maju ke depan untuk untuk penerusan dakwah ilalLah dan mencari keredhaan Allah. Pastikan yuran keahlian anda bagi tahun 2014 telah disempurnakan.

Sekian. Terima Kasih.

“UKHUWAH  TERAS  KEGEMILANGAN”

 

 

Melaksanakan Amanah,

Mohd. Sukeri Salleh

Setiausaha

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Daerah Kemaman,

Terengganu Darul Iman

Image

Kenyataan Media : IKRAM Sanggah Pandangan Kassim Ahmad

Sekretariat Ulama IKRAM melahirkan rasa kekesalan berhubung dengan  pandangan Dr Kassim Ahmad yang dipaparkan dalam blog beliau (kassimahmad.blogspot.com) bertajuk “Dua Jenis Islam” bertarikh 17 Jan 2014 yang turut disiarkan dalam ruangan rencana portal The Malaysian Insider pada 17 Januari 2014.

Dr. Kassim dengan terang-terang mengatakan bahawa amalan berselawat dan juga lafaz syahadah ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai satu penyelewengan. Beliau turut menolak fungsi Hadis dalam menafsirkan al-Qur’an.

Sekretariat Ulama IKRAM berpendapat bahawa  kenyataan seperti ini boleh menjurus ke arah kekufuran yang nyata kerana:

Pertama: Anjuran berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah perintah dari Allah yang terkandung dalam al-Qur’an (lihat surah al-Ahzab:56).

Kedua: Lafaz shahadah ke atas Nabi sebagai seorang Rasulullah adalah selari dengan ayat-ayat al-Qur’an yang jelas menegaskan kedudukan beliau sebagai seorang Rasul (lihat al-Imran:31, 144;). Allah SWT sendiri yang memerintahkan agar ketaatan diberikan kepada beliau sebagai seorang Rasul (lihat  an-Nisaa’: 59; al-Nur:54). Lafaz ini diucapkan semasa al-Qur’an masih diturunkan hingga kewafatan baginda. Ianya diteruskan oleh para sahabat dan menjadi ijma’ para ulama tanpa sebarang bantahan.

Ketiga: Al-Quran mesti difahami melalui kaedah Bahasa Arab yang tinggi nilainya seperti  yang ditafsir oleh para ulama mufassirin yang diakui kehebatan mereka (muktabar),  bukan melalui kefahaman individu yang tidak mempunyai kemahiran khusus.

Keempat: Adalah menjadi kesepakatan ulama bahawa Hadis adalah sumber hukum kedua selepas al-Qur’an berdasarkan nas-nas yang jelas dari al-Qur’an sendiri (lihat al-Hashr:7; al-Nisa: 59). Maka, menolak hadis bermakna ingkar kepada salah satu dari sumber asas yang yang membawa kepada kekufuran. (lihat Fatwa Kebangsaan dan Negeri-negeri di e-fatwa.gov.my).

Sekretariat Ulama IKRAM juga turut kesal dengan penganjuran Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian yang dianjurkan oleh Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 15-16 Februari 2014. Kehadiran mantan Perdana Menteri dalam merasmikan seminar tersebut juga amat dikesali.

Justeru, Sekretariat Ulama IKRAM dengan ini:
i.  Mendesak Dr. Kassim segera bertaubat dan kembali kepangkal jalan.

ii. Meminta permohonan maaf dari pihak penganjur, perasmi dan pembentang-pembentang kertas kerja pada Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian kerana menguris perasaan umat Islam.

iii. Menggesa JAKIM dan Jabatan Agama negeri-negeri mengguatkuasakan fatwa anti Hadis.

iv.  Menyeru kerajaan Pusat dan Negeri mengambil langkah-langkah tegas bagi membenteras aktiviti kumpulan ajaran sesat anti-hadis ini sepertimana tindakan diambil tehadap Syiah dan pengikutnya.

v.  Meminta orang-ramai agar sentiasa merujuk kepada ulama-ulama yang muktabar di dalam isu-isu  agama yang sering diputarbeliti oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab.

Dr Zulfakar bin Ramlee

Pengerusi
Sekretariat Ulama IKRAM
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)

18 Rabi’ul Akhir 1435 / 18 Februari 2014

Qiamulail bulanan IKRAM Kemaman

14 Februari, Sabtu : Qiamulail bulanan IKRAM Kemaman telah diadakan di dua lokasi iaitu di SRI Al Amin Kerteh dan SMI Al Amin Kemaman bermula petang semalam dan berakhir pagi ini.

Qiamulail bulanan ini mengumpulkan seramai hampir seratus orang ahli di dua lokasi tersebut.

Pengisian selepas isya’ telah disampaikan oleh Ust Muzahar Hitam di Kerteh dan Ustaz Idris Kassim di Kemaman.

IKRAMedia Kemaman

Rehlah B.M.W IKRAMTeens di Pantai Teluk Mok Nik

8 Feb, Sabtu : Pagi ini berlangsung program rehlah B.M.W ( be a Muslim Warrior) anjuram IKRAMTeens Kemaman bertempat di Pantai Teluk Mok Nik.

Peserta adalah remaja berumur 12-17 tahun dari sekolah sekitar Kemaman antaranya dari SMK Banggol, SMK Geliga, SMK Sultan Ismail, SMK Chukai, SMI Al Falah dan SMI Al Amin Kemaman seramai hampir 50 orang kesemuanya.

Program rehlah ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara ahli IKRAMTeens dan berkenalan dengan ahli dari sekolah yang berbeza.

image

image

image

IKRAMedia Kemaman

Induksi Ahli IKRAM Kemaman

8 Feb, Sabtu : Hari ini berlangsung program induksi untuk ahli baru IKRAM Kemaman bertempat di Dewan APD, SMI Al Amin Kemaman.

Sesi disampaikan oleh setiausaha IKRAM Kemaman, Sukeri Salleh. Sesi ini menerangkan secara terperinci sistem pengurusan dan pentadbiran IKRAM merangkumi aspek tarbiah pembangunan ahli dan aspek berdakwah kepada masyarakat.

Kehadiran sekitar 20 orang ahli baru

image

image

image

IKRAMedia Kemaman

Mesyuarat Agung PIBG SRI Al Amin Kerteh kali ke 13

Jumaat, 7 Februari : Mesyuarat Agong Tahunan PIBG SRIAA Kerteh kali ke-13 berlangsung pagi ini di Dewan SRI Al Amin Kerteh.

image

image

image

image

IKRAMedia Kemaman