Monthly Archives: August 2011

Iftar Perdana Al Amin Kemaman raikan 500 anak yatim, keluarga miskin dan saudara baru

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, pada 13 Ramadan/Ogos baru baru ini, PIBG SRI SMI Al Amin Kemaman meraikan lebih kurang 500 orang fakir miskin , anak yatim dan saudara baru dalam satu majlis Iftar Perdana tahunan sempena Ramadan yang menjadi agenda tahunan pihak PIBG.

Kali ini, majlis dimeriahkan lagi dengan kolaborasi bersama beberapa NGO NGO antarabangsa dan tempatan iaitu Islamic Relief Malaysia (IRM), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), NGO CAKNA Anak Yatim Kemaman (CAKNA), Persatuan Persaudaraan Islam Negeri Terengganu (PPITR), Pusat Pendidikan SRISMI Berhad (MUSLEH), Koperasi Al Amin Kemaman (KOSMIK) dan Kelab Kebajikan Kakitangan Bank Islam Malaysia Bhd.

“Pihak sekolah mahu masyarakat setempat terutamanya yang berada di sekitar Geliga ini turut merasai kewujudan sekolah ini. Al Amin Kemaman bukan sahaja tempat untuk menuntut ilmu untuk anak-anak, tetapi sebagai pusat untuk masyarakat di sekitarnya mendapat manfaat seperti yang kita lakukan hari ini” Ujar Hj Zameran Jusoh, YDP IKRAM Kemaman dalam ucapan perasmiannya.

Sejurus selepas majlis perasmian dan pembahagian sumbangan, semua yang hadir berbuka puasa di kawasan padang futsal SMIAAK yang masih dalam pembinaan (lelaki) dan yang wanita berbuka di dewan terbuka SMI

Hadirin yang hadir bersedia untuk berbuka puasa

Kemudian selepas berbuka, semua hadirin solat berjamaah maghrib, isya’ dan tarawih di atas gelanggang futsal tersebut

Diantara maghrib dan isya’, satu sesi khas mengenai misi kemanusiaan ke Palestin diadakan dan disampaikan oleh salah seorang peserta konvoi iaitu saudara Muhammad Mus’ab bin Muzahar.

Alhamdulillah, penganjuran iftar kali ini sangat meriah dengan kehadiran melebihi 700 orang pelajar, ibu bapa, penduduk sekitar dan penerima sumbangan.

Semoga Ramadan kali ini memberi sinar baru kepada semua. Tahniah kepada pengurusan SRI SMI Al Amin Kemaman yang menjadi tuan rumah!

Lagi gambar boleh dilihat di Facebook Pusat Pendidikan Al Amin Kemaman. klik sini

Sumbangan dari Masjid Geliga untuk misi Aqsa2Gaza2

Assalamualaikum warahmatullah,

Pada Jumaat 12 Ogos baru baru ini, Pengerusi Penerangan IKRAM Kemaman sempat bersama dengan saudara Muhammad Mus’ab di Masjid Geliga dalam siri jelajah ceramah mendapatkan dana bagi misi kemanusiaan Aqsa Syarif ; Aqsa2Gaza2, Ramadan di Palestin.

Sesi penerangan yang diadakan sejurus selepas solat Jumaat itu menerangkan tentang projek projek yang dijalankan oleh Aqsa Syarif di Gaza dan bentuk bantuan yang boleh diberikan oleh rakyat Malaysia.

Sejurus selepas itu, pihak masjid mengumumkan bahawa kutipan tabung bergerak untuk solat Jumaat disumbangkan untuk projek Ramadan di Palestin ini. Sejumlah RM3308 telah disumbangkan. Terima kasih kepada jemaah Masjid Geliga. Hanya Allah yang akan membalasnya dengan rezeki yang berlipat ganda.

Dilaporkan oleh

Mohd Sufian Mat Ali

Pengerusi Jk Penerangan IKRAM Kemaman

Iftar Ramadan institusi pendidikan IKRAM Kemaman minggu ini

Assalamualaikum warahmatullah,

Minggu ini dua institusi pendidikan IKRAM Kemaman iaitu SRI Al Amin Kerteh dan Pusat Pendidikan Al Amin Kemaman akan mengadakan majlis Iftar Ramadan.

 

SRI Al Amin Kerteh akan mengadakan Majlis Iftar Perdana 2011 dengan kerjasama Masjid Tengku Mizan Kerteh pada 11 Ogos iaitu hari Khamis ini. Pengarah Program ialah Mualimah Siti Mariam bt Ibrahim.

Manakala Pusat Pendidikan Al Amin Kemaman, Chukai pula mengadakan majlis iftar dan sumbangan kepada fakir miskin pada Sabtu, 13 Ogos. Oleh itu, pihak sekolah membuka ruang untuk mana mana pihak memberi sumbangan untuk menjayakan majlis ini. Program ini dianjurkan oleh PIBG SRI SMI AL AMIN KEMAMAN dengan kerjasama IKRAM Kemaman, JIM Kemaman, Islamic Relief Malaysia (IRM) dan MUSLEH Kemaman. Program akan bermula jam 5.00 petang dan berakhir sekitar jam 10.30 malam.

Borang sumbangan boleh didapati di sini

 

 

Ahli IKRAM Kemaman akan ke Gaza 20 Ogos ini

Assalamualaikum warahmatullah,

Saudara Muhammad Mus’ab bin Muzahar telah dipilih oleh Aqsa Syarif untuk menyertai rombongan konvoi Aqsa 2 Gaza 2 – Ramadhan Di Palestin Bersama Aqsa Syarif yang akan membawa sumbangan untuk penduduk di Gaza.

Mus’ab merupakan ahli IKRAM Kemaman yang aktif menyumbang dalam dakwah remaja dan sekolah di sekitar Dungun dan Kemaman sejak tahun 2007. Kini beliau menuntut di UNIMAS, Sarawak dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kajian Antarabangsa). Mus’ab juga merupakan YDP Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS 2011-2012.

Continue reading

Program Rayuan Ramadhan kembali – Ayuh menyumbang!

Sila dapatkan borang penyertaan di pejabat Sekolah Menengah Islam Al- Amin Kemaman. Hubungi saudara Mohd Sufian (019-9398 220) untuk maklumat lanjut.