Category Archives: Ziarah

PSR 3 : ZIARAH IBU TUNGGAL DAN WARGA EMAS TERLANTAR PEKAN KERTEH

Kerteh, 29 Julai :- Lanjutan daripada usaha Pertubuhan IKRAM Kemaman menyantuni golongan ibu tunggal dan warga emas terbiar menerusi Projek Semarak Ramadhan (PSR) 1433H, Wanita IKRAM Kemaman dengan kerjasama Kelab Ibu Tunggal Kemasik telah menziarahi rumah-rumah golongan terlantar ini di Kampung Telaga Papan dan Kampung Gelugor pada hari Ahad, 29 Julai 2012.

Antara yang sempat diziarahi adalah golongan ibu tunggal yang tidak mampu lagi berjalan, tetapi masih gigih mencari sumber ekonomi dengan membuat produk-produk kraf tangan daripada surat khabar. Warga emas ini yang tinggal bersama 7 orang anak lelakinya hanya mampu berjalan secara mengesot dan tidak mampu lagi membuat kerja-kerja rumah seperti memasak dan sebagainya. Terdapat juga kes warga emas yang terlantar akibat serangan angin ahmar dan parkinson, buta penglihatan dan ibu tunggal yang hilang keupayaan akibat kemalangan. Mereka kebanyakannya tinggal di perumahan PPRT Kampung Telaga Papan dan Kampung Gelugor.

Lagi berita dan gambar, sila klik sini