Category Archives: Ramadan

PSR 2013 : Masjid Kampung Bukit Anak Dara lokasi ketiga PSR

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, PSR 2013 diteruskan di lokasi ketiga iaitu di Masjid Bukit Anak Dara pada 17 Julai 2013.

Tn Hj Yusof Muhamad, Pengerusi Masjid yang juga pengerusi JKKK Kg Bukit Anak Dara bersama dengan barisan jawatankuasa telah mengadakan gotong royong memasak juadah berbuka sejak pagi lagi.

Majlis sumbangan bermula dengan tazkirah ramadan yang disampaikan oleh Pengarah PSR 2013, Hj Fakhrul Anuar Zulkawi.

Majlis sumbangan juga diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Balai Polis Kijal, OCS Wan Ismail bin Wan Jaki.

Seramai 14 orang warga miskin menerima sumbangan barangan keperluan asas dan 15 orang anak yatim menerima sumbangan wang tunai. Majlis diakhiri dengan tahlil dan seterusnya berbuka puasa beramai ramai dan solat maghrib berjamaah

Semoga dengan sedikit sumbangan ini, dapat meringankan beban mereka dan berkongsi kegembiraan di aidilfitri nanti.

Lagi gambar boleh klik sini

Imam Muda Gaza di Kemaman bermula hari ini

Imam Muda Gaza yang dibawakan khas oleh Aqsa Syarif akan berada di Kemaman bermula hari ini sehingga esok.

Edaran tabung untuk Palestin akan diadakan beserta booth Aqsa Syarif di Masjid yang terpilih. Jom kita hadir beramai ramai!

 

Image

PSR 2013 : lokasi ketiga di Masjid Kampung Bukit Anak Dara

Masjid Kampung Bukit Anak Dara 17 Julai

PSR 2013 : Edaran Tabung PSR disemarakkan

Jk PSR terus mengedarkan tabung kepada institusi insititusi sekitar Kemaman untuk memudahkan orang ramai membuat sumbangan

IMG-20130716-WA0004

Penyerahan tabung kepada ECRO, Petronas Wilayah Pantai Timur, En Zamri Mohamad

IMG-20130716-WA0002

Pengurus KETENGAH di Cheneh, EN Yusof menerima tabung PSR

IMG-20130716-WA0003

Tn Hj Fakhrul Anuar, Pengarah PSR menyerahkan tabung kepada Pengurus Felda Neram 2, En Sani

20130715_131445

Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kemaman (KKTM), Tn Hj Rusli Abd Rahman menerima tabung PSR dari Saudara Mohd Sufian

20130715_121002

Pengurus Felda Cherul, En Anuar menerima tabung dari wakil PSR, Saudara Mohd Sufian

20130716_144131

Pengurus Bank Islam Cawangan Kemaman, Tuan Hj Zameran Jusoh

Sumbangan ke tabung PSR IKRAM Kemaman :
13026010047609 (Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Kemaman)
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
SMS Bendahari, Norfizam Said selepas membuat transaksi (019-9642812)

PSR 2013 : Penyerahan tabung PSR kepada PPD dan TATIUC

Assalamualaikum warahmatullah,

14 Julai 2013, dua wakil PSR IKRAM Kemaman telah menyerahkan tabung kutipan sumbangan PSR :

1. Untuk Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman. Tabung diserahkan oleh Pengarah Program PSR2013, Hj Fakhrul Anuar Zulkawi kepada Pengarah PPD Kemaman, Tuan Hj Sulaiman di pejabat PPD

IMG-20130714-WA0008

2. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa IKRAM Kemaman, saudara Mohd Sufian menyerahkan tabung PSR kepada Pegawai HEPA TATIUC, Ustaz Wafee di pejabat beliau

20130714_161949

Terima kasih diucapkan kepada PPD Kemaman dan TATIUC atas kerjasama yang diberikan.

PSR 2013 : Masjid Titian Berayun lokasi kedua

Alhamdulillah, pasukan PSR 2013 meneruskan jelajah mereka untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Lokasi kedua PSR kali ini ialah di Masjid Kg Titian Berayun di Kijal yang berlangsung pada 13 Julai 2013 bersamaan 4 Ramadan 1434H.

Seramai 49 warga emas dan warga miskin serta 25 anak yatim telah disenaraikan menerima sumbangan berupa barang keperluan harian dan wang tunai. Sumbangan disampaikan oleh TYDP IKRAM Kemaman, Ustaz Muzahar Hitam. Ustaz Muzahar juga turut menyampaikan tazkirah ramadan sebelum sumbangan disampaikan.

Penyediaan juadah berbuka puasa turut dibantu oleh mahasiswa dari TATIUC dan KKTM yang menyertai program Siswa Masuk Kampung untuk PSR 2013.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada warga Kg Titian Berayun yang sudi menerima kami beramal bakti di kampung Titian Berayun.

IMG-20130713-WA0020 copy

Lagi gambar, sila klik sini

Image

PSR 2013 : Masjid Kampung Titian Berayun 13 Julai

Masjid Kg Titian Berayun 13 Julai

PSR 2013 : Masjid Kg Dadong, lokasi pertama

Alhamdulillah, majlis pertama berjalan lancar di Masjid Kg Dadong, Air Putih. Majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadan oleh YDP IKRAM Kemaman, Ustaz Mazlan Ahmad dan diteruskan dengan penyampaian sumbangan untuk anak yatim, golongan warga emas dan miskin.

Seramai 7 orang anak yatim dan 24 orang warga emas dan miskin telah menerima sumbangan dari PSR. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini meringankan beban mereka.

Klik sini untuk lihat gambar lagi

Image

PSR 2013 : Masjid Dadong 12 Julai 2013

Video Pelancaran PSR IKRAM Kemaman 2013