Category Archives: Wanita

Image

PSR 2013 : Masjid Kampung Titian Berayun 13 Julai

Masjid Kg Titian Berayun 13 Julai

PSR 2013 : Masjid Kg Dadong, lokasi pertama

Alhamdulillah, majlis pertama berjalan lancar di Masjid Kg Dadong, Air Putih. Majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadan oleh YDP IKRAM Kemaman, Ustaz Mazlan Ahmad dan diteruskan dengan penyampaian sumbangan untuk anak yatim, golongan warga emas dan miskin.

Seramai 7 orang anak yatim dan 24 orang warga emas dan miskin telah menerima sumbangan dari PSR. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini meringankan beban mereka.

Klik sini untuk lihat gambar lagi

Program Semarak Ramadan IKRAM Kemaman 2013 dilancarkan

Sempena Ramadan 1434H, IKRAM Kemaman telah melancarkan Projek Semarak Ramadhan (PSR) Peringkat Daerah Kemaman. Ini adalah tahun kedua projek ini dilaksanakan dan telah dilancarkan oleh Kadhi Daerah Kemaman, Ust Hj Zulkifli bin Othman di Masjid Sultan Ahmad, Chukai pada 24 Syaaban 1434H (3 Julai 2013) yang lalu.

IMG_3789

Ucapan Perasmian oleh Pegawai Agama Daerah Kemaman, Ust Zulkifle Othman

IMG_3791

Pegawai Agama Darah turut melancarkan Tabung PSR 2013

IMG_3763

 

Sasaran sumbangan pada tahun ini ialah sebanyak RM100,000.00 sahaja memandangkan pada tahun lepas PSR2012 berjaya mendapatkan RM70,000 sumbangan terkumpul, melebihi target RM50,000 yang telah ditetapkan

Antara program yang akan dilaksanakan ialah :

A. Majlis Berbuka Puasa Dengan Masyarakat Luar Bandar, Tazkirah Ramadhan & Sumbangan Kepada Fakir Miskin, Anak Yatim & Ibu Tunggal di dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah serta Jawatankuasa Masjid di :-
1. 3 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Titian Berayung di DUN Kijal
2. 4 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Dadong di DUN Air Putih
3. 8 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Bukit Anak Dara di DUN Kijal
4. 9 Ramadhan 1434H – Masjid Cheneh Baharu di DUN Air Putih
5. 10 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Bukit Mentok di DUN Chukai
6. 17 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Lubuk Lesung di DUN Kijal
7. 17 Ramadhan 1434H – Masjid Felda Kerteh 5 di DUN Kemasik
8. 18 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Chabang di DUN Kemasik
9. 19 Ramadhan 1434H – Surau Perkampungan Orang Asli Sg Pergam di DUN Air Putih
10. 24 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Bukit Pahang Estate di DUN Kemasik
B. Program Remaja Raikan Ramadhan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Masjid dan JKKK serta sekolah2 menengah di :-
 1. 10-11 Ramadhan 1434H – Masjid Felda Cerul di DUN Air Putih
2. 10-11 Ramadhan 1434H – Surau Rantau Petronas di DUN Kemasik
3. 17-18 Ramadhan 1434H – Masjid Felda Kerteh 5 di DUN Kemasik
4. 17-18 Ramadhan 1434H – Masjid Geliga di DUN Chukai
C. Program Berbuka Puasa Bersama Warga Ibu Tunggal DUN Kemasik bersama Wanita IKRAM :-
1. 16 Ramadhan 1434H – Surau Kg Telaga Papan di DUN Kemasik
D. Program Mengecat dan Membersih Masjid, Kawasan Perkuburan & Rumah  :-
1. 17 Ramadhan 1434H – Perkampungan Lubuk Lusung (rumah-rumah kampung terpilih) di DUN Kijal
2. 17 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Paya Berenjut di DUN Chukai
3. 18 Ramadhan 1434H – Kawasan Perkuburan Kg Meraga Beris di DUN Kijal
E. Program Berbuka Puasa & Qiamullail di institusi pengajian tinggi (IPT)  :-
1. 22 Ramadhan 1434H – 500 orang pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kg Mak Lagam di DUN Chukai
2. Kolej Universiti TATI di DUN Kijal  – tarikh belum disahkan
F. Program IKTIKAF Perdana serta BERSAHUR di dua buah masjid pada malam 20-27 Ramadhan di :-
1.  Masjid Kg Paya Berenjut di DUN Air Putih
2.  Masjid Kg Meraga Beris di DUN Kijal
G. Program Terawih & Tazkirah Bersama Imam Muda Gaza dengan kerjasama Aqsa Syarif Berhad di :-
1. 8 Ramadhan 1434H – Masjid Sultan Ahmad di DUN Chukai
2. 8 Ramadhan 1434H – Masjid Kg Pengkalan Pandan di Dun Chukai
3. 9 Ramadhan 1434H – Surau Rantau Petronas di DUN Kemasik
4. 9 Ramadhan 1434H – Masjid Tengku Mizan Kerteh di DUN Kemasik
Sumbangan boleh dibuat dengan cara berikut :
1- Memberikan sumbangan terus ke dalam tabung Projek Semarak Ramadhan ini ke akaun BIMB IKRAM Kemaman : 13026010047609 (Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Kemaman)
2- Mengajak rakan-rakan sepejabat, kejiranan dan saudara mara untuk sama-sama membantu menerusi sms atau whatsapp ataupun fliers yang bakal diedarkan. Contoh sms yang boleh dihantar ialah :
“Salam. Moga Ramadhan kali ini melipatkaliganda amalan kita. IKRAM Negeri & Kemaman menganjurkan Projek Semarak Ramadhan – berbuka puasa dgn masykt  luar bandar n sumbangan kpd anak yatim & miskin d 10 qariah masjid & 4 prog Remaja Raikan Ramadhan (3R). Mhn sokongan dan sumbangan ke BIMB IKRAM Kemaman13026010047609. Sila sms kpd Bendahari Hj Norfizam 019-9642812 setelah menyumbang. Terima kasih & sebar2kan.”
3- Membuat kempen kutipan sumbangan di pejabat-pejabat kerajaan, swasta dan sekolah-sekolah masing-masing. Surat daripada Pejabat Agama Daerah Kemaman akan dikeluarkan bersama Tabung PSR 2013.
4- Mengajak para dermawan di kalangan ahli perniagaan dan usahawan untuk bersama menyumbang
Jom bersama kita semarakkan Ramadan kali ini dengan pelbagai amal kebajikan!

PSR 5 – BERBUKA PUASA DENGAN WARGA KUALA KEMAMAN PADA 3 OGOS 2012

Program ini diadakan di perkarangan Masjid Kuala Kemaman yang menghadap terus Laut Cina Selatan. Ianya berhampiran perkampungan nelayan Kuala Kemaman, Kg Geliga, Kg Geliga Pantai dan Kg Rumah Murah.

Continue reading

PSR 3 : ZIARAH IBU TUNGGAL DAN WARGA EMAS TERLANTAR PEKAN KERTEH

Kerteh, 29 Julai :- Lanjutan daripada usaha Pertubuhan IKRAM Kemaman menyantuni golongan ibu tunggal dan warga emas terbiar menerusi Projek Semarak Ramadhan (PSR) 1433H, Wanita IKRAM Kemaman dengan kerjasama Kelab Ibu Tunggal Kemasik telah menziarahi rumah-rumah golongan terlantar ini di Kampung Telaga Papan dan Kampung Gelugor pada hari Ahad, 29 Julai 2012.

Antara yang sempat diziarahi adalah golongan ibu tunggal yang tidak mampu lagi berjalan, tetapi masih gigih mencari sumber ekonomi dengan membuat produk-produk kraf tangan daripada surat khabar. Warga emas ini yang tinggal bersama 7 orang anak lelakinya hanya mampu berjalan secara mengesot dan tidak mampu lagi membuat kerja-kerja rumah seperti memasak dan sebagainya. Terdapat juga kes warga emas yang terlantar akibat serangan angin ahmar dan parkinson, buta penglihatan dan ibu tunggal yang hilang keupayaan akibat kemalangan. Mereka kebanyakannya tinggal di perumahan PPRT Kampung Telaga Papan dan Kampung Gelugor.

Lagi berita dan gambar, sila klik sini