Iftar, Qiam dan Daurah Ahli IKRAM Kemaman berjalan lancar

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, pada 14-15 jun baru baru ini, Jawatankuasa Tarbiah IKRAM Kemaman menganjurkan program iftar, qiam dan daurah untuk ahli IKRAM Kemaman bertempat di SRI Al Amin Kerteh.

Program bermula dengan berpuasa sunat pda hari khamis dan berbuka puasa secara jamaie.

image

image

Selepas solat maghrib berjamaah, bacaan mathurat dan solat isya berjamaah, peserta dihidangkan dengan pengisian rohani oleh YDP IKRAM Kemaman, Ust Mazlan Ahmad yang bertajuk “Siddiq”.

Pada awal pagi, semua peserta melakukan qiam secara fardhi dan jamaie kemudian diikuti dengan solat subuh berjamaah dan kuliah subuh yang disampaikan oleh TYDP IKRAM Kemaman, Ust Muzahar Hitam.

Riadhah pagi diisi dengan aktiviti futsal untuk peserta lelaki dan senamrobik untuk peserta wanita.

image

image

Seterusnya, pada jam 9.30 pagi, Al Fadhil Ustaz Munawwar Muhammad, Pengerusi Tarbiah IKRAM Terengganu menyampaikan daurah bertajuk “Syahadatul Haq” sehingga majlis bersurai pada jam 11.00 pagi.

image

Semoga Ahli IKRAM Kemaman yang hadir dapat menghayati pengisian rohani dan jasadiah dalam program kali ini.

Program ini akan diteruskan lagi pada bulan bulan mendatang.

Sekian, jazakallahukhairan katheera.

Leave a comment