IBRAH DI SEBALIK PERISTIWA ISRA’ & MIKRAJ

kredit gambar : PMIUM
Jika masa kini kita berasa kagum dan takjub dengan kemampuan dunia menghantar manusia ke angkasa, mencipta pelbagai kenderaan yang mampu menerobos lapisan udara, satelit yang berupaya melihat seantero pelusuk dunia, Islam terlebih dahulu menyaksikan keajaiban suatu perjalanan yang jauh namun mengambil masa semalaman sahaja. Ia sudah pun berlaku pada tanggal 27 Rejab sekitar 1400 tahun yang lalu.

Bagaimana ia berlaku? Pastinya peristiwa Isra’ dan Mikraj ini adalah suatu ‘anugerah’ daripada Allah kepada Rasulullah serta kepada umat Islam khususnya, seperti yang diceritakan di dalam qalamNya, surah Al-Israa’ ayat 1,

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى  بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى  الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

maksudnya, “Maha suci Tuhan yang telah menjalankan hamba-Nya pada waktu malam dari Masjidilharam (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis) yang Kami telah berkati di sekelilingnya supaya Kami tunjukkan kepadanya ayat-ayat Kami (tanda-tanda kebesaran dan ketuhanan Kami), sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”

Baca lagi di sini

Leave a comment